Tuesday, 27 September 2011

Music, Art and Style Festival International (MASiF 2011)

Pada hari kedua Music, Art and Style Festival International (MASiF 2011). The Curse of the Creature  bertempat di esplanade KLCC dipersembahkan sebelah malamnya. Sebanyak enam koleksi dipertontonkan, lima daripadanya ialah rekaan wanita dan satu lelaki. Koleksi kali ini masih mengekalkan material dan elemen-elemen yang sama, tapi dari segi penyampaian rekaannya pula agak lebih casual dan ringkas berbanding koleksi sebelumnya.

 
Ketika persembahan walaupun hujan mulai renyai, menonton dan para krew persembahan masih setia berada di kawasan pentas bagi menyaksikan dan menjalankan persembahan. Dengan persembahan yang besemangat, Stacy mendendangkan lagu " Kasanova" menjadi lagu latar untuk bersembahan "The Curve of the Creatures" ketika diperagakan.







Wednesday, 29 June 2011

The Curse of the Creatures

"The Curse of the Creatures" adalah satu koleksi ketika final degree UiTM Shah Alam 2011 (sesi Mei). Koleksi ini dihasilkan dari satu inspirasi dan digabungkan pula dengan elemen-elemen yang menyentuh pada penceritaan, watak, kehidupan, dan jiwa dari alam dunia dongeng. Ada yang beranggapan watak dan suasana dongeng itu sebagai pelengkap hiburan, tapi ada juga segelintir pula mengumpamakan kehidupan dongeng itu sebagai sebahagian dari cara hidup mereka sebenar. Wujud atau tidak itu bukanlah satu persoalan tetapi ianya juga adalah diantara jenis-jenis kesenian. "The Curse of the Creatures" adalah antara suara peminat dongengan.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...